Monday, 30 October 2017

PROGRAM FIT PERAK SEMPENA PERMUKIMAN YAB MENTERI BESAR PERAK DAERAH MANJUNG



Program FIT Perak sempena Permukiman YAB Menteri Besar Perak Daerah Manjung telah diadakan pada pada 28 Oktober 2017 (Sabtu), jam 7.30 pagi bertempat di Arena Samudera, Seri Manjung. Antara aktiviti yang dijalankan ialah larian 10 ribu langkah, senamrobik dan sukaneka rakyat telah mendapat sambutan dari penduduk daerah Manjung dan luar.






0 comments:

Saturday, 28 October 2017

KARNIVAL JOM BRO JALAN ORANG MUDA BUSINESS REALIZE OPPORTUNITY SEMPENA PERMUKIMAN YAB MENTERI BESAR PERAK DARUL RIDZUAN

Program Manjungku Perbandaran Makmur “JOM BRO (Jalan Orang Muda : Business, Realize, Opportunity) melalui Masyarakat Sivil (MMS) sektor pembangunan kapasiti NGO, Belia dan Wanita seiring dengan program Local Agenda 21 serta penglibatan Jawatankuasa Penduduk dan Pihak Berkepentingan bertujuan memberikan peluang kerjaya, pendedahan peluang perniagaan sumber pendapatan yang menguntungkan, pameran-pameran gerbang kerjaya dan ceramah motovasi dan keusahawanan, dakwah dan santai kepada pelbagai lapisan masyarakat khususnya belia, Orang Kelainan Upaya (OKU), warga miskin serta komuniti setempat sambil memperoleh ilmu dan beriadah serta mengeratkan kerjasama diantara pihak Majlis Perbandaran Manjung bersama jawatankuasa penduduk (MMS), pihak NGO, pemimpin serta media di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Manjung. Program ini telah diadakan pada 28 Oktober 2017 (Sabtu) bertempat di Arena Samudera, Taman Samudera, Seri Manjung.




0 comments:

PELANCARAN LADIES LANE BAZAR BANTUNITA SEMPENA PERMUKIMAN YAB MENTERI BESAR PERAK DI DAERAH MANJUNG


Pelancaran Ladies Lane @ Manjung Bazar Bantunita sempena Permukiman YAB Menteri Besar Perak telah diadakan pada 27 Oktober 2017 (Jumaat) 8.00 malam telah dirasmikan oleh YBhg Datin Seri Diraja Saripah binti Zulkifli, Isteri kepada YAB MB Perak. Sebanyak 40 lot niaga disediakan untuk membolehkan wanita-wanita berkelayakan ini berniaga dan meningkatkan sosio ekonomi mereka. Besar harapan YB Dato' Rusnah binti Kassim untuk melihat para peniaga yang terpilih disuatu hari nanti akan memiliki premis mereka sendiri dan jika boleh dapat dipasarkan ke peringkat antarabangsa.





0 comments:

Friday, 27 October 2017

PROGRAM SYARAHAN BAHASA JIWA BANGSA SEMPENA SAMBUTAN BULAN BAHASA PERINGKAT NEGERI PERAK




Program Syarahan Bahasa Jiwa Bangsa sempena sambutan Bulan Bahasa Peringkat Negeri Perak bertempat di Institut Kemahiran Mara, Lumut. Diadakan pada 27 Oktober 2017 (Jumaat). Program ini lebih berbentuk ilmiah bagi memartabatkan bahasa kerana bahasa adalah jiwa bangga kepada masyarakat setempat.

 

0 comments:

PROGRAM PELANCARAN PAPAN TANDA PENGGUNA BIJAK DAN PAPAN TANDA PERANGI DADAH HABIS-HABISAN SEMPENA PERMUKIMAN YAB MENTERI BESAR PERAK DAERAH MANJUNG




Program Pelancaran Papan Tanda Pengguna Bijak dan Papan Tanda Perangi Dadah Habis-habisan sempena permukiman YAB Menteri Besar Perak Daerah Manjung bertempat di Pasar Awam Pangkor pada 27 Oktober 2017 (jumaat). Program ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada semua masyarakat akan impak yang akan diterima apabila terjebak ke kancah dadah. Dalam masa yang sama, memberikan kesedaran kepada masyarakat agar menjadi pengguna bijak dalam berbelanja.



0 comments:

PROGRAM PERAK YANG BERSIH @ MANJUNG SEMPENA PERMUKIMAN YAB MENTERI BESAR PERAK


Program Perak Yang Bersih @ Manjung sempena permukiman YAB Menteri Besar Perak daerah Manjung bertempat di Pasar Awam Manjung diadakan pada 27 Oktober 2017. Program ini betepatan dengan Perak yang Bersih iaitu menjadikan masyarakat yang mempunyai sikap tidak lagi membunag sampah merata-rata dan mengamalkan konsep kitar semula.



0 comments:

PROGRAM INISIATIF MEMBANTU GOLONGAN KURANG UPAYA OLEH MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG SEMPENA PERMUKIMAN YAB MENTERI BESAR PERAK DI SK SERI SITIAWAN



Program Inisiatif Membantu Golongan Kurang Upaya oleh Majlis Perbandaran Manjung Sempena Permukiman YAB Menteri Besar Perak di SK Seri Sitiawan pada 27 Oktober 2017 (Jumaat). Objektif utama program ini adalah untuk membantu pelajar golongan kurang upaya agar dapat belajar dengan lebih selesa.





0 comments:

Thursday, 26 October 2017

KARNIVAL HARI WANITA SEMPENA PERMUKIMAN YAB MENTERI BESAR PERAK DI DAERAH MANJUNG





0 comments:

PROGRAM RAMAH MESRA BERSAMA WARGA PERTUBUHAN PELADANG & MAJLIS PECAH TANAH SEMPENA PERMUKIMAN YAB MENTERI BESAR PERAK


Program Ramah Mesra bersama Warga Pertubuhan Peladang & Majlis Pecah Tanah sempena permukiman YAB Menteri Besar Perak bertempat di Tapak Arena Peladang pada 26 Oktober 2017 (Khamis). Terdapat juga aktiviti sampingan seperti pertandingan mewarna kanak-kanak. Semoga program seperti ini dapat menaikkan semangat masyarakat menjadi peladang dan pertani yang berjaya serta dapat membuat produk melayu lebih maju sehingga ke pasaran luar.





0 comments:

MAJLIS PENYERAHAN DAN PERASMIAN LUMUT PORT INDUSTRIAL PARK PUBLIC AMENITIES

Majlis Penyerahan dan Perasmian Lumut Port Industrial Park Public Amenities oleh YAB Menteri Besar Perak Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abdul Kadir pada 26 Oktober 2017 (Khamis).






0 comments:

KARNIVAL MINI TERAS KESELAMATAN


Karnival Mini Teras Keselamatan diadakan bertujuan memberi penekanan kepada masyarakat setempat agar lebih mengutamakan aspek keselamatan terutama apabila berada di tempat tumpuan umum seperti berada di jalan raya,kawasan sunyi dan kawasan yang terdedah kepada jenayah kecurian. Program ini telah diadakan di Arena Square Kg. Sg Wangi Ayer Tawar pada 26 Oktober 2017 (Khamis).


 


0 comments:

MAJLIS APRESIASI MANJUNGKU PERBANDARAN MAKMUR MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG DAN PELANCARAN KITAR SEMULA SISTEM MATA GANJARAN KOHIJAU-ICYCLE SEMPENA PERMUKIMAN YAB MENTERI BESAR PERAK




Program Majlis Apresiasi Manjungku Perbandaran Makmur Majlis Perbandaran Manjung dan Pelancaran Kitar Semula sistem mata ganjaran Kohijau-icycle sempena pemukiman YAB Menteri Besar Perak daerah Manjung pada 26 Oktober 2017 (Khamis) 9.00 pagi bertempat di Ritz Garden Hotel, Seri Manjung. Perasmian oleh YB Datuk Samsudin bin Abu Hassan. Program ini adalah memberikan pengiktirafan kepada warga Perbandaran Manjung yang telah memberikan komitmen dalam sebaiknya mengikut kritiria yang telah ditetapkan. Tahniah kepada semua penerima anugerah semoga jalinan kerjasama yang dibina dengan baik dapat diteruskan dan dikekalkan.



0 comments:

PROGRAM KLINIK PENGENALAN SUKAN BOWLING PADANG (MSN) SEMPENA PERMUKIMAN YAB MENTERI BESAR PERAK

Bagi memantapkan dari segi teknik dalam permainan lawn bowls yang dikendalikan oleh Jurulatih yang berpengalaman dalam sukan Lawan bowls satu Program Klinik Pengenalan Sukan Boling Padang (MSN) sempena permukiman YAB Menteri Besar Perak bertempat di Gelanggang Lawn Bowl, Majlis Perbandaran Manjung diadakan pada 26 Oktober 2017(Khamis).





0 comments: