Sunday, 12 November 2017

PROGRAM SANTAI WALK 10 RIBU LANGKAH@PANGKOR





11 November 2017 Sabtu bertempat di Sungai Pinang Kecil Program Santai Walk 10 Ribu Langkah anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Manjung dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung telah diadakan dengan penuh gilang gemilang dengan penyertaan peserta 500 orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan umur. Pengarah Urusan TNBJ,Datuk Shamsul Ahmad dan Datin Sharifah Yusof serta Pelitawanis Janamanjung meluangkan masa bagi acara Santai Walk berjalan kaki sejauh 3km dari Sg.Pinang Kecil menuju ke Arena Square Pangkor simbolik untuk majlis perlepasan peserta PMC2017.Pengarah Urusan TNBJ juga diberi penghormatan daripada pihak penganjur bagi menyarungkan jersi keramat Raja Bukit ( King Of Mountain ) yang tertera logo TNBJ.Turut hadir bagi acara flag off, Adun Pasir Panjang, Dato' Rashidi Ibrahim yang mewakili YAB. Menteri Besar Perak serta pegawai pegawai kerajaan daerah Manjung.





Read More

PROGRAM PANGKOR MOUNTAIN BIKE CHALLENGE 2017


11 November 2017 Sabtu- 800 pengayuh serata negeri telah berhimpun bagi menjayakan Program Pangkor Mountain Bike Challenge 2017. Program ini merupakan acara Jambore Basikal Bukit yang menyelitkan elemen perlumbaan sepanjang 30 km Round Island Challenge ini telah dirasmikan oleh ADUN Pasir Panjang. Program ini juga dapat menyatupadukan masyarakat serta membentuk budaya masyarakat yang sihat, aktif, cergas dan berdisiplin serta dapat meningkatkan kualiti hidup golongan belia Daerah Manjung.Program ini dapat mewujudkan persefahaman dan semangat kesukanan antara semua pihak ke arah kecemerlangan aktiviti sukan dan amalan gaya hidup sihat bagi golongan belia dan menarik pelancong dari serata negeri dan negara untuk berkunjung ke Pulau Pangkor.








Read More

Friday, 10 November 2017

PASCA BANJIR MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG KE PULAU PINANG




10 November 2017 Jumaat bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), Seberang Perai Utara(SPU), Jalan Bertam, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang -Terima kasih diucapkan kepada team Pasca Banjir Majlis Perbandaran Manjung kerana bersama-sama melaksanakan operasi pembersihan pasca banjir di kawasan yang terjejas di Pulau Pinang. Semoga semangat sebegini dapat dijadikan sebagai role model kepada warga Perbandaran Manjung serta dapat meringankan beban masyarakat yang terlibat dalam mangsa banjir tersebut. Pasca banjir kerajaan negeri Perak ke Pulau Pinang merupakan salah satu inisiatif Pihak Majlis Perbandaran Manjung memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Pulau Pinang.Dalam masa yang sama, memupuk semangat sukarelawan serta mengeratkan hubungan  Silaturrahim antara pihak agensi dan jabatan kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan serta pemimpin tempatan dalam bersama-sama menggembleng tenaga menyelesaikan masalah banjir yang berlaku di Pulau Pinang.







Read More

Saturday, 28 October 2017

KARNIVAL JOM BRO JALAN ORANG MUDA BUSINESS REALIZE OPPORTUNITY SEMPENA PERMUKIMAN YAB MENTERI BESAR PERAK DARUL RIDZUAN

Program Manjungku Perbandaran Makmur “JOM BRO (Jalan Orang Muda : Business, Realize, Opportunity) melalui Masyarakat Sivil (MMS) sektor pembangunan kapasiti NGO, Belia dan Wanita seiring dengan program Local Agenda 21 serta penglibatan Jawatankuasa Penduduk dan Pihak Berkepentingan bertujuan memberikan peluang kerjaya, pendedahan peluang perniagaan sumber pendapatan yang menguntungkan, pameran-pameran gerbang kerjaya dan ceramah motovasi dan keusahawanan, dakwah dan santai kepada pelbagai lapisan masyarakat khususnya belia, Orang Kelainan Upaya (OKU), warga miskin serta komuniti setempat sambil memperoleh ilmu dan beriadah serta mengeratkan kerjasama diantara pihak Majlis Perbandaran Manjung bersama jawatankuasa penduduk (MMS), pihak NGO, pemimpin serta media di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Manjung. Program ini telah diadakan pada 28 Oktober 2017 (Sabtu) bertempat di Arena Samudera, Taman Samudera, Seri Manjung.




Read More

PELANCARAN LADIES LANE BAZAR BANTUNITA SEMPENA PERMUKIMAN YAB MENTERI BESAR PERAK DI DAERAH MANJUNG


Pelancaran Ladies Lane @ Manjung Bazar Bantunita sempena Permukiman YAB Menteri Besar Perak telah diadakan pada 27 Oktober 2017 (Jumaat) 8.00 malam telah dirasmikan oleh YBhg Datin Seri Diraja Saripah binti Zulkifli, Isteri kepada YAB MB Perak. Sebanyak 40 lot niaga disediakan untuk membolehkan wanita-wanita berkelayakan ini berniaga dan meningkatkan sosio ekonomi mereka. Besar harapan YB Dato' Rusnah binti Kassim untuk melihat para peniaga yang terpilih disuatu hari nanti akan memiliki premis mereka sendiri dan jika boleh dapat dipasarkan ke peringkat antarabangsa.





Read More

Friday, 27 October 2017

PROGRAM SYARAHAN BAHASA JIWA BANGSA SEMPENA SAMBUTAN BULAN BAHASA PERINGKAT NEGERI PERAK




Program Syarahan Bahasa Jiwa Bangsa sempena sambutan Bulan Bahasa Peringkat Negeri Perak bertempat di Institut Kemahiran Mara, Lumut. Diadakan pada 27 Oktober 2017 (Jumaat). Program ini lebih berbentuk ilmiah bagi memartabatkan bahasa kerana bahasa adalah jiwa bangga kepada masyarakat setempat.

 

Read More

PROGRAM PELANCARAN PAPAN TANDA PENGGUNA BIJAK DAN PAPAN TANDA PERANGI DADAH HABIS-HABISAN SEMPENA PERMUKIMAN YAB MENTERI BESAR PERAK DAERAH MANJUNG




Program Pelancaran Papan Tanda Pengguna Bijak dan Papan Tanda Perangi Dadah Habis-habisan sempena permukiman YAB Menteri Besar Perak Daerah Manjung bertempat di Pasar Awam Pangkor pada 27 Oktober 2017 (jumaat). Program ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada semua masyarakat akan impak yang akan diterima apabila terjebak ke kancah dadah. Dalam masa yang sama, memberikan kesedaran kepada masyarakat agar menjadi pengguna bijak dalam berbelanja.



Read More

PROGRAM PERAK YANG BERSIH @ MANJUNG SEMPENA PERMUKIMAN YAB MENTERI BESAR PERAK


Program Perak Yang Bersih @ Manjung sempena permukiman YAB Menteri Besar Perak daerah Manjung bertempat di Pasar Awam Manjung diadakan pada 27 Oktober 2017. Program ini betepatan dengan Perak yang Bersih iaitu menjadikan masyarakat yang mempunyai sikap tidak lagi membunag sampah merata-rata dan mengamalkan konsep kitar semula.



Read More

PROGRAM INISIATIF MEMBANTU GOLONGAN KURANG UPAYA OLEH MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG SEMPENA PERMUKIMAN YAB MENTERI BESAR PERAK DI SK SERI SITIAWAN



Program Inisiatif Membantu Golongan Kurang Upaya oleh Majlis Perbandaran Manjung Sempena Permukiman YAB Menteri Besar Perak di SK Seri Sitiawan pada 27 Oktober 2017 (Jumaat). Objektif utama program ini adalah untuk membantu pelajar golongan kurang upaya agar dapat belajar dengan lebih selesa.





Read More

Thursday, 26 October 2017

KARNIVAL HARI WANITA SEMPENA PERMUKIMAN YAB MENTERI BESAR PERAK DI DAERAH MANJUNG





Read More