About

Tuesday 29 August 2017

PERASMIAN BANNER MERDEKA TERPANJANG DI DAERAH MANJUNG


Perasmian telah diadakan pada 28 Ogos 2017 di Simpang 4 Pagar LKIM. Program ini telah dirasmikan oleh ADUN Kawasan Pasir Panjang. Program ini diadakan sebagai tanda rasa cinta dan sayangkan Perbandaran Manjung dan Malaysia sejajar dengan tema kemerdekaan pada tahun ini iaitu keranamu sehati sejiwa. 




Tuesday 22 August 2017

PROGRAM KONVOI BERBASIKAL SEMPENA SAMBUTAN PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KE-60 PERINGKAT SEKOLAH 2017



Program Konvoi Berbasikal Sempena Sambutan Pelancaran Bulan Kemerdekaan ke 60 telah diadakan pada 23 Ogos 2017 di Sekolah Kebangsaan Sitiawan. Program ini berteraskan sokongan masyarakat terhadap usaha generasi muda kearah menzahirkan semangat Patriotik dan sayang kepada Negara di atas pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu bagi mempertahankan tanah air. Konvoi ini melibatkan murid dan guru Sekolah Kebangsaan Sitiawan yang melibatkan kawasan Perkarangan Surau dan Kampung Lumut Kiri. 





Monday 21 August 2017

CERAMAH SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN : MENYINGKAP SEJARAH KEMERDEKAAN NEGARA


Ceramah Sempena Bulan Kemerdekaan : Menyingkap Sejarah Kemerdekaan Negara diadakan pada 19 Ogos 2017 (Sabtu) di Surau Taman Fasa 1D, Seri Manjung. Program Mimbar Madani adalah wadah keprihatinan dan kebertanggungjawaban pihak  Pengurusan Majlis di samping mengeratkan hubungan dan semangat silaturrahim di antara pelbagai masyarakat dan pihak berkepentingan dengan majlis Perbandaran Manjung. Selain itu, ianya sebagai platform pemberian dan penerimaan ilmu secara dua hala kepada warga Perbandaran Manjung serta melahirkan rasa syukur dengan nikmat kemerdekaan yang Allah berikan serta memberi manfaat untuk warga komuniti  Manjung.



PROGRAM JOM SINGGAH @ RAUDHAH: NASIONAL FM


Program Jom Singgah @ Raudhah : Nasional FM telah diadakan pada 19 Ogos 2017 (Sabtu) di Arena Harmoni, Kampung Bakar Bata, Ayer Tawar, Perak. Program ini anjuran Pejabat tanah dan Daerah Manjung, Nasional FM, RTM, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Majlis Perbandaran Manjung bagi menghimpunkan komuniti setempat khususnya penduduk di Kg. Bakar Bata, Ayer Tawar, Perak untuk bersama-sama beriadah dan melakukan aktiviti-aktiviti bermasyarakat.




PROGRAM SEMARAK NEGARAKU MALAYSIA SEMPENA HARI KEBANGSAAN YANG KE-60


Program ini telah diadakan pada 19 Ogos 2017 di Arena Samudera. Program ini  adalah bersempena dengan Hari Kebangsaan yang ke-60. Program ini adalah bertujuan untuk menyemai semangat kemerdekaan dan patriotisme dalam diri murid-murid Tadika tersebut agar terus mempertahankan kemerdekaan negara.



Wednesday 16 August 2017

SESI TOWN HALL YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG BARU JERING, KAMPUNG BARU RAJA HITAM DAN KAMPUNG BARU MERBAU


Program ini telah diadakan pada 16 Ogos 2017 Rabu bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Jering, Ayer Tawar. Program ini bertujuan bagi menyelami dan menyelesaikan masalah yang terdapat di kawasan tersebut. Antara kawasan yang terlibat adalah Kampung Jering, Kampung Raja Hitam, Kampung Merbau, dan kampung Baru Ayer Tawar





Tuesday 15 August 2017

PERTANDINGAN WAU KAPAL TEGAK TERBUKA PERAK





Monday 14 August 2017

PROGRAM SILVER MAN DUATHLON AND HALF MARATHON


Program  Silver Man Duathlon And Half Marathon anjuran AG Lifestyle Sdn. Bhd. dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung telah diadakan pada 12 Ogos 2017 (Sabtu), jam 6.00 pagi di Marina Island. Pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia Perak dan mendapat sambutan lebih 1,000 orang peserta melibatkan 12 negara.






MP MANJUNG ANTARA 10 PBT TERBAIK SELURUH NEGARA MP


Majlis Perbandaran Manjung (MPM) merupakan antara  10 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terbaik seluruh negara bagi tahun 2016, dan mengungguli di tempat kedua dalam negeri Perak dengan perolehan markah sebanyak 94.75 peratus dan akur di belakang Majlis Bandaraya Ipoh yang dinobatkan PBT terbaik seluruh negara dengan markah 97.45 peratus.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, berkata penilaian melalui Sistem Bintang PBT ini juga diambil kira beberapa aspek menerusi 354 kriteria dan melibatkan sejumlah 149 PBT diseluruh negara dan untuk mendapat pencapaian lima bintang, ia harus mendapat markah melebih 90 peratus.





Wednesday 2 August 2017

TAKLIMAT MENANDATANGANI DAN IKRAR BEBAS RASUAH KEPADA SEMUA AHLI MAJLIS DAN KAKITANGAN AWAM


2 Ogos 2017- Majlis Perbandaran Manjung mengadakan 1 upacara ikrar bebas rasuah atau dikenali dengan (IBR) di Dewan Anjung Perdana Majlis Perbandaran Manjung yang melibatkan Pegawai Atasan, Ahli-ahli Majlis dan Kakitangan bagi menzahirkan keterusan dan integriti warga kerja Majlis Perbandaran Manjung. Majlis menandatangani ikrar bebas rasuah ini dimulakan dengan taklimat berkenaan bebas rasuah oleh wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah  Malaysia Negeri Perak dan seterusnya ucapan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung. Dalam masa yang sama, YBhg. Dato' Hajah Nooraziah Binti Abd Manaf, Pengarah Suruhanjaya Rasuah Malaysia memuji usaha pihak Majlis Perbandaran Manjung ke arah sifar dan bebas rasuah.