Monday, 27 February 2017

PROGRAM LE TOUR DE LANGKAWI



PANTAI REMIS: Selepas dua peringkat yang sukar, kapten Terengganu Cycling Team (TSG) Mohd Zamri Saleh membuktikan masih ada kudrat buatnya untuk menaiki podium
pada Peringkat 3 Le Tour de Langkawi (LTdL), hari ini. 

Sebelum ini, harapan yang lebih disandarkan kepada pakar pecut Anuar Manan untuk berada di podium tidak kesampaian apabila basikalnya mengalami kerosakan ketika perlumbaan berbaki 20 kilometer. 

Begitupun Zamri memastikan pasukan itu dapat juga berada di podium ketiga di belakang pemenang peringkat dari Team Wilier Triestina, Jakub Mareczko dan Scott Sunderland dari Isowhey Sports Swisswellness dalam kayuhan Peringkat 3 dari Serdang ke Pantai Remis itu. 

"Akhirnya kami mencapai podium selepas dua peringkat pasukan kami mengalami kesukaran dan ditimpa masalah sehingga Harrif (Saleh) tidak dapat meneruskan perlumbaan (semalam). 


"Anuar hari ini (semalam) mengalami masalah dengan basikalnya menyebabkan saya mengambil alih tugas untuk memecut ke garisan penamat," jelasnya yang pernah berada di podium kedua pada 2013. 


Justeru dia berazam untuk memberikan sesuatu kepada peminat TSG dan bersyukur ia mampu direalisasikan. 
Keputusan peringkat 3 :10 
PELUMBA TERATAS 
1 Jakub Mareczko (ITA) Team Wilier Triestina, 2 Scott Sunderland (AUS) Isowhey Sports Swisswellness ,3 MOHD ZAMRI SALEH (MAS) Terengganu Cycling Team ,4 Nicolas Marini (ITA) Nippo-Vini Fantini ,5 Marco Benfatto (ITA) Androni Giocattoli ,6 Travis McCabe (USA) UnitedHealthCare Pro Cycling Team ,7 Enrico Barbin (ITA) Bardiani CSF ,8 Yevgeniy Gidich (KAZ) Vino-Astana Motors, 9 Thanawut Sanikwathi (THA) Thailand Continental Cycling Team ,10 MOHD IZZAT HILMI ABDUL HALIL (MAS) Sapura Cycling Team 

PELUMBA MALAYSIA ........ 
14 Anuar Manan Terengganu Cycling Team 2 jam 48 minit 56saat ,19 Mohd Shahrul Mat Amin Terengganu Cycling Team 2'48:56s, 22 Irwandie Lakasek Malaysia National Team 2'48:56s ,28 Mohd Afiq Huznie Othman Infinite AIS Cycling Team 2'48:56s ,32 Sofian Nabil Mohd Bakri Sapura Cycling Team 2'48:56s ,42 Eiman Firdaus Mohd Zamri Malaysia National Team 2'48:56s ,47 Muhammad Ameer Ahmad Kamal Malaysia National Team 2'48:56s, 63 Akmal Hakim Zakaria Sapura Cycling Team 2'48:56s ,73 Nik Mohd Azwan Zulkiflie Malaysia National Team 2'48:56s, 77 Muhd Nur Aiman Mohd Zariff Malaysia National Team 2'48:56s ,87 Muhammad Ameen Ahmad Kamal Malaysia National Team 2'49:10s ,97 Nur Amirul Fakhruddin Mazuki Terengganu Cycling Team 2'49:25s ,104 Loh Sea Keong Thailand Continental Cycling Team 2'50:53s

PEMENANG JERSI KUNING 1 
Ryan Gibbons (RSA) Dimension Data 10 jam 48 minit 09 saat ,2 Travis McCabe (USA) UnitedHealthCare Pro Cycling Team 10'48:12s ,3 Filippo Pozzato (ITA) Team Wilier Triestina 10'48:20s 


PEMENANG KATEGORI RAJA PECUT
 1 Scott Sunderland (AUS) Isowhey Sports Swisswellness 27 mata ,2 Travis McCabe (USA) UnitedHealthCare Pro Cycling Team 26 mata ,3 Ryan Gibbons (RSA) Dimension Data 26 mata

 PEMENANG KATEGORI RAJA BUKIT 
1 John Kronborg Ebsen (DEN) Infinite AIS Cycling Team 21 mata, 2 Loh Sea Keong Thailand Continental Cycling Team 12 mata ,3 Daniel Alexander Jaramillo Diaz UnitedHealthCare Pro Cycling Team 10 mata 

PEMENANG JERSI PUTIH (PELUMBA ASIA) 
1 Yevgeniy Gidich (KAZ) Vino-Astana Motors 10 jam 48 minit 22 saat ,2 Hideto Nakane (JPN) Nippo-Vini Fantini 10'48:26s, 3 Sergey Vlassenko (KAZ) Vino-Astana Motors 10'48:26s 






0 comments:

PROGRAM SEMARAK BERSAMA KOMUNITI DAN HARI TANPA KERETA


Program Semarak 2017 (Semarak Bersama Masyarakat) & Hari Tanpa Kereta Bil. 2 2017 telah diadakan pada 25  Februari (Sabtu) jam 7.00 pagi hingga 11.00 pagi bertempat di Hadapan Pejabat Daerah dan Tanah Manjung. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah Senamrobik Mega, Jalan 10,000 Langkah, Seni Pertahankan Diri ( Persatuan Silat KESUMA), Demonstrasi dan Simulasi Silat Olahraga, Persatuan Silat Pnglima Ulung, Kelab Taekwondo (WTF) Chonkwon Manjung Perak) Bola Sepak Jalanan, Sepak Takraw Bulatan, Berbasikal, Jualan Preloved Manjung dan Karavan dan Sewaan Skooter Elektrik dan Kasut Roda. Program ini selaras dengan Pelan Tranformasi Pihak Berkuasa Tempatan " PBT di Hati Rakyat" di mana ianya dapat merapatkan lagi hubungan dan jalinan kerjasama diantara semua pihak khususnya warga perbandaran Manjung disamping menyemai semangat usahasama dan inisiatif yang boleh dijayakan bersama Majlis Perbandaran Manjung. Ayuh rakyat Manjung mengamalkan gaya hidup sihat.










0 comments:

Wednesday, 22 February 2017

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TAPAK PEMBINAAN PROJEK TELUK GEDUNG, PULAU PANGKOR



Program lawatan sambil belajar oleh pelajar Diploma Ukur Bahan, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra  ke tapak pembinaan projek Teluk Gedung, Pulau Pangkor telah diadakan pada 21 Februari 2016, Selasa jam 9.00 pagi di tapak projek Teluk Gedung Pulau Pangkor. Lawatan ini disertai oleh 39 orang pelajar dan diiringi oleh dua orang pensyarah dari Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra.



Taklimat berkaitan Tapak Pembinaan Projek Teluk Gedung Pulau Pangkor telah disampaikan oleh Encik Mohd Fadzly bin Mustakim, Penolong Jurutera, Majlis Perbandaran Manjung semasa lawatan ini. 









0 comments:

Monday, 6 February 2017

PROGRAM TREE FOR A TREE


Program Tree For A Tree anjuran Tenaga Nasional Berhad dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung dan Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA) Malaysia telah diadakan pada 3 Februari 2017 (Jumaat), jam 8.00 pagi di Taman Awam Teluk Batik. Program yang berbentuk program penanaman pokok ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd. Kadir, Menteri Besar Perak dan dihadiri lebih 500 sukarelawan.


Dengan adanya program ini, sebanyak 1,000 pokok yang terdiri daripada 17 spesies asal pokok hutan pantai antaranya gelam tikus, beruas, bentagor paya, tanjung, jambu kuning, salam dan tembusu padang ditanam pada hari program. Ianya juga adalah salah satu usaha menghijaukan semula hutan serta meneduhkan beberapa kawasan tarikan di seluruh negeri dan secara tidak langsung dapat memupuk semangat berpasukan diantara satu sama lain. 


Acara Tree For A Tree berlangsung



0 comments: