Monday, 4 December 2017

KARNIVAL MOUNTAIN BIKE PANTAI REMIS 2017



Pada hari Ahad, 3 Disember 2017 yang lalu telah berlangsung Karnival Mountain Bike Pantai Remis 2017 yang dianjurkan oleh Koperasi Eko Pelancongan Pantai Remis bersama Majlis Perbandaran Manjung di Pantai Remis Perak.  Majlis perasmian dan perlepasan peserta telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung. Seramai hampir 300 peserta mengambil bahagian pada karnival kali ini.

0 comments:

Monday, 27 November 2017

ACARA HANGATKAN BADAN DEMI BUDAYA DAN SENI


Acara Hangatkan Badan Demi Budaya dan Seni. 600 orang pantai menyertai gotong royong

0 comments:

PROGRAM ROTARY CLUB OF SITIAWAN BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG


Program Rotary Club of Sitiawan bersama Majlis Perbandaran Manjung telah diadakan pada 25 November 2017(Sabtu), jam 7.30 pagi di Pantai Teluk Batik. Program yang berbentuk gotong royong pembersihan  kawasan pantai telah dihadiri lebih 300 orang. 

Dengan adanya program ini, ianya dapt meningkatkan kebersihan pantai dan secara tidak langsung dapat mempuk semangat berpasukan diantara satu sama lain.






0 comments:

PROGRAM MURAL SEMPENA HARI SUKARELAWAN SEDUNIA 2017


Program Kesukarelawan-Mural Hari Sukarelawan Sedunia 2017 telah berlangsung pada 22 hingga 25 November 2017 di kawasan Stesen Bas Seri Manjung anjuran kolej Komuniti Manjung dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung.





0 comments:

KARNIVAL BOLASEPAK PIALA YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG (PIALA FA) 2017


SELESAI SUDAH KARNIVAL BOLASEPAK PIALA FA BAGI MEREBUT PIALA YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG 2017. SEBANYAK 26 PASUKAN DARIPADA LIGA AMATUR YANG TELAH MENYERTAI KARNIVAL INI. TAHNIAH KEPADA PASUKAN KILAT FC YANG BERJAYA MENEWASKAN PASUKAN WBLFC 3-0 PADA PERLAWANAN AKHIR. PASUKAN MPM FC KANDAS DIPERINGKAT SEPARUH AKHIR.  MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH TELAH DISEMPURNAKAN OLEH TUAN SETIAUSAHA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG EN MOHD HELMI BIN ARIFFIN YANG MEWAKILI YBHG DATO' YDP. HADIR SAMA EN SHARIL SALIHAN, PEG TADBIR JAB PEMBANGUNAN KOMUNITI DAN SOSIAL MPM, WAKIL DARI PAFA DAN JAWATANKUASA TERTINGGI PBDM. TAHNIAH PADA SEMUA.

0 comments:

KEJOHANAN SUKAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN 2017




KEJOHANAN SUKAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI PERAK 2017 TELAH MELABUHKAN TIRAINYA. KEJOHANAN YANG BERLANGSUNG DI KAMPAR PADA 16-19 NOVEMBER  2017 TELAH MENYAKSIKAN KONTIGEN MAJLIS BANDARAYA IPOH MUNCUL JUARA KESELURUHAN BAGI EDISI KALI INI. MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG TELAH MENYERTAI KESEMUA SEPULUH ACARA SUKAN YANG DIPERTANDINGKAN.  ACARA TERSEBUT IALAH BOLASEPAK (SUKU AKHIR),  BOLA JARING (SEPARUH AKHIR) BADMINTON (SUKU AKHIR), DART (PERINGKAT KUMPULAN), PINGPONG (PERINGKAT KUMPULAN),  TARIK TALI (PERINGKAT KUMPULAN),  BOWLING (KETIGA), KAROM (KETIGA),  SEPAK TAKRAW (PERINGKAT KUMPULAN)  DAN GOLF (KEENAM). KONTIGEN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG SEKADAR BERADA DIKEDUDUKAN KE-6 KESELURUHAN DAN IANYA ADALAH SESUATU YG BOLEH DIBANGGAKAN KERANA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERADA DALAM KELOMPOK 10 PBT TERBAIK KESELURUHAN PADA EDISI KALI INI. MAJLIS PENUTUP TELAH DISEMPURNAKAN OLEH YANG BERHORMAT DATO' SERI ABDUL PUHAT BIN MAT NAYAN,  SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERAK PADA 19 NOVEMBER 2017 JAM 8.30 MALAM DI DEWAN BANDARAN KAMPAR.  PADA MAJLIS TERSEBUT PASUKAN BOWLING DAN KAROM MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG TELAH MENERIMA HADIAH SEBAGAI PEMENANG TEMPAT KETIGA BAGI ACARA TERSEBUT.

0 comments:

PROGRAM GOTONG ROYONG BERSIH DAN INDAH DI TAMAN BINTANG, PANTAI REMIS



Program gotong-royong Bersih dan Indah telah diadakan pada 24 November 2017 (Jumaat) jam 8.30 pagi di Taman Bintang, Pantai Remis anjuran Majlis Perbandaran Manjung, kontraktor Supai Enterprise, Sri Kenas Enterprise dan Sentiasaada Enterprise. Antara aktiviti yang diadakan ialah pembersihan kawasan pencucian longkang.






0 comments:

PROGRAM GOTONG ROYONG BERSIH DAN INDAH DI TAMAN LIMAU EMAS, BERUAS


Program Gotong-Royong (Bersih dan Indah) telah diadakan pada 24 November 2017(Jumaat), jam 8.30 pagi di kawasan sampah haram, Taman Limau Emas, Beruas anjuran Majlis Perbandaran Manjung dan kontraktor Sri Kenas Enterprise. Antara aktiviti yang diadakan ialah pembersihan kawasan sampah haram.  








0 comments:

Sunday, 26 November 2017

PROGRAM GOTONG-ROYONG BERSIH DAN INDAH DI FASA 1E, SERI MANJUNG


Program Gotong Royong Bersih dan Indah telah diadakan pada 24 November 2017 (Jumaat), jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi di Taman Fasa 1E, Seri Manjung anjuran Majlis Perbandaran Manjung, Usaha Nikmat Enterprise dan Asas Bina Enterprise. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pembersihan kawasan lorong-lorong belakang kawasan perumahan dan persekitaran.
  




0 comments:

PROGRAM GOTONG ROYONG BERSIH INDAH DI TELUK BATIK PADA 24 NOVEMBER 2017



Program Gotong Royong Bersih Indah pembersihan kawasan dan pembersihan sistem perparitan telah diadakan pada 24 November 2017, jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi di kawasan Teluk Batik anjuran Unit Perkhidmatan Bandar Zon 1, Majlis Perbandaran Manjung dengan kerjasama ANE Development.  





0 comments:

Friday, 24 November 2017

PROGRAM GOTONG ROYONG BERSIH INDAH DI JETI PANGKOR




Program Gotong Royong Bersih Indah telah diadakan pada 24 November 2017 ( Jumaat ) jam 8.30 hingga 11.30 pagi di Jeti Utama Pulau Pangkor. Program ini anjuran Majlis Perbandaran Manjung bersama Environment Idaman sdn.bhd, Ceria murni enterprise, Koperasi kariah Kg masjid Bhd dan Ika Teguh enterprise. Program gotong royong ini bertujuan untuk memperindahkan, menceriakan dan membersihkan kawasan menjadi laluan pelancong. 





0 comments:

Sunday, 12 November 2017

PROGRAM SANTAI WALK 10 RIBU LANGKAH@PANGKOR





11 November 2017 Sabtu bertempat di Sungai Pinang Kecil Program Santai Walk 10 Ribu Langkah anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Manjung dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung telah diadakan dengan penuh gilang gemilang dengan penyertaan peserta 500 orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan umur. Pengarah Urusan TNBJ,Datuk Shamsul Ahmad dan Datin Sharifah Yusof serta Pelitawanis Janamanjung meluangkan masa bagi acara Santai Walk berjalan kaki sejauh 3km dari Sg.Pinang Kecil menuju ke Arena Square Pangkor simbolik untuk majlis perlepasan peserta PMC2017.Pengarah Urusan TNBJ juga diberi penghormatan daripada pihak penganjur bagi menyarungkan jersi keramat Raja Bukit ( King Of Mountain ) yang tertera logo TNBJ.Turut hadir bagi acara flag off, Adun Pasir Panjang, Dato' Rashidi Ibrahim yang mewakili YAB. Menteri Besar Perak serta pegawai pegawai kerajaan daerah Manjung.





0 comments: