About

Saturday 10 March 2012

HEAD LINE



Friday 2 March 2012

JAWATANKUASA KECIL PELANCONGAN LOCAL AGENDA 21 MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

PENGENALAN

Jawatankuasa Kecil Pelancongan Local Agenda 21 Daerah Manjung merupakan sebuah pelan alternatif kearah pembangunan mampan di daerah Manjung dan telah bermula pada tahun 2005. Ianya disarankan untuk diwujudkan bertujuan untuk bergiat aktif di dalam memartabatkan industri pelancongan  daerah dalam masa yang sama meningkatkan imej dan kualiti bandar disamping membantu mempromosikan Daerah Manjung sebagai salah sebuah pusat pelancongan yang terkenal di Malaysia. Jawatankuasa ini juga diharapkan dapat memainkan peranan yang penting dalam usaha mengembangkan pembangunan maritim dan ekonomi seterusnya memperkenalkan daerah Manjung ke luar dan di dalam negeri melalui pendekatan berasaskan pembangunan pelancongan yang terperinci, aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan produk pelancongan, penyertaan dan penganjuran program dan seminar, serta acara-acara khas yang dapat mempromosikan tempat-tempat menarik di daerah Manjung.

PERANAN DAN FUNGSI

Membincangkan isu dan permasalahan yang timbul dan menjejaskan aktiviti pelancongan seterusnya mengenalpasti petunjuk-petunjuk atau indikator yang menyebabkan isu-isu ini wujud.

Bertindak sebagai sebuah jawatankuasa pengkaji dan pembentuk kaedah penyelesaian kepada isu & masalah.

Bersama membantu dalam memperluaskan aktiviti promosi untuk mendapat sambutan masyarakat dan orang ramai serta pelancong-pelancong melalui penganjuran bersama program dan acara pelancongan.

Perancangan dan perlaksanaan program pelancongan seperti karnival pelancongan, karnival sukan, pesta, program kebudayaan dan sebagainya.

Berusaha dalam memberi fokus kepada pembangunan pelancongan melalui aktiviti-aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan produk pelancongan dan menitikberatkan penyertaan secara langsung penduduk tempatan dalam memastikan produk pelancongan sentiasa dalam keadaan baik dan sempurna.

Merancang dan melaksanakan Pelan Tindakan LA21 yang telah dicadangkan dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Induk.


VISI JAWATANKUASA

“Bersama-sama dalam memastikan Daerah Manjung menjadi lokasi tarikan pelancong yang ceria, indah dan bersih serta mempunyai kepelbagaian aktiviti pelancongan yang boleh menarik ramai pelancong untuk berkunjung’


MISI JAWATANKUASA

“Menjadi penggerak di dalam industri pelancongan daerah Manjung yang memberi manfaat kepada masyarakat, pemain industri serta pihak berkepentingan melalui pelan tindakan yang effektif dan konsisten seiring dengan tema Bandar Pelancongan dan Maritim.”