About

Wednesday 25 April 2018

LUMUT 18 MY KAMPUNG TOURISM: SUKAN RAKYAT


21 APRIL 2018-TELAH DIADAKAN LUMUT 18 MY KAMPUNG TOURISM:SUKAN RAKYAT DIADAKAN DI TANAH LAPANG BERSEBELAHAN EMV HALL. PENYERTAAN TERBUKA KEPADA SEMUA PENDUDUK TEMPATAN.ANTARA AKTIVITI YANG DIADAKAN IALAH BOWLING KELAPA DAN KUKUR KELAPA. SUKAN RAKYAT SEBEGINI DIADAKAN SUPAYA PERMAINAN TRADISIONAL TIDAK LEKANG DEK HUJAN TIDAK LAPUK DEK ZAMAN TERUTAMA DALAM KALANGAN GENERASI BELIA.






LUMUT 18 MY KAMPUNG TOURISM:PERTANDINGAN MEMASAK RENDANG TOK



21 APRIL 2018- TELAH DIADAKAN PROGRAM LUMUT 18 MY KAMPUNG TOURISM: PERTANDINGAN MEMASAK RENDANG TOK YANG TELAH DISERTAI OLEH 13 PASUKAN YANG TERDIRI DARIPADA JKKK/KRT/JPP DAN AGENSI KERAJAAN. JUARA TELAH DISANDANG OLEH KRT LUMUT, TEMPAT KEDUA OLEH JPP ZON 6 DAN TEMPAT KETIGA KRT SAMUDERA SERI MANJUNG 3. PERTANDINGAN MEMASAK RENDANG TOK INI DIADAKAN BAGI MEMPERKENALKAN MAKANAN WARISAN TURUN TEMURUN SERTA DAPAT MEWUJUDKAN SEMANGAT BERSATU PADU DALAM KALANGAN MASYARAKAT.







Sunday 22 April 2018

PROGRAM EARTH DAY TADIKA SINAR



22 April 2018-Program Earth Day anjuran bersama Tadika Sinar dengan Majlis Perbandaran Manjung.Semoga program sebegini dapat menyemai rasa tanggungjawab serta meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat terutama kanak-kanak sekolah tadika untuk melindungi bumi dan alam sekitar. Memberi pendedahan awal kepada murid-murid tadika berkaitan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar serta dapat mempromosi dan memberikan pendedahan kepada murid-murid tadika berkaitan pengurusan sisa, sampah-sarap dan buangan yang perlu dikendalikan dengan sewajarnya.








PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA TAMAN FASA 2C


22 April 2018-Program Gotong-Royong Perdana di Taman Fasa 2C jam 8.00 pagi.Program ini anjuran bersama Taman Fasa 2C,Seri Manjung dengan Majlis Perbandaran Manjung yang diketuai oleh Encik Mohamad Sharil bin Salihan, Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial,Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Perbandaran dan penglibat unit lanskap dlm kerja-kerja trim pokok.di taman fasa 2cSemoga melalui program sebegini dapat memperindahkan dan mencantikkan kawasan persekitaran tempat tinggal seterusnya dapat memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan penduduk setempat.







PROGRAM TELUK MUROHKU BERSIH DAN INDAH MISI GEMPUR DENGGI




21 April 2018- Kira-kira 150 orang penduduk komuniti Teluk Muroh telah menyertai Program Teluk Murohku Bersih dan Indah Misi Gempur Denggi di Taman Teluk Muroh.Terdapat juga aktiviti senamrobik,Pameran,Aktiviti mewarna.Program ini anjuran bersama Komuniti Teluk Muroh,Majlis Perbandaran Manjung,Bank Rakyat Manjung,Pejabat Kesihatan Daerah Manjung. Semoga usaha murni ini dapat mencantikkan dan memperindahkan kawasan tersebut.




PROGRAM GOTONG ROYONG DAN KHIDMAT MASYARAKAT SMK TUN TEJA IPOH




21 April 2018-Program Gotong Royong dan Khidmat Masyarakat anjuran bersama Smk Tun Teja Ipoh dengan Majlis Perbandaran Manjung di Pantai Peranginan Teluk Batik.Semoga usaha murni ini dapat mencantikkan dan memelihara alam sekitar seterusnya menjadikan Teluk Batik bersih dan indah.Bertujuan untuk menggalakkan masyarakat bersama-sama memupuk budaya cintai alam sekitar seterusnya menjadikan perak yang bersih. Selain itu, dapat memberi kesedaran kepada masyarakat akan pentingnya mencintai alam sekitar dalam kehidupan seharian. Program tersebut dilihat sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan sampah yang boleh mencemarkan pandangan dan persekitaran.





PROGRAM GOTONG ROYONG SMJK AVE MARIA CONVENT IPOH



21 April 2018- Aktiviti gotong royong di pantai peranginan Teluk Batik. Program ini anjuran bersama Smjk Ave Maria Convent Ipoh Perak dengan Majlis Perbandaran Manjung. Seramai 200 orang pelajar telah menyertai aktiviti gotong royong ini.Semoga usaha murni ini dapat memperindahkan kawasan peranginan Teluk Batik menjadi Bersih dan Indah.





PROGRAM BESKAL (BERBASIKAL BERSAMA KOMUNITI MENYELESAI ISU SOSIAL)


19 April 2018- Telah diadakan Program (BESKAL) Berbasikal Bersama Komuniti Menyelesai Isu Sosial.  Program ini bertujuan Untuk menyelami isu-isu sosial di kawasan Perbandaran Manjung Khususnya di Kawasan Rukun Tetangga. Di samping, dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat dengan pihak Majlis Perbandaran Manjung.Kira-kira 100 orang penduduk telah bersama-sama menyertai program tersebut. Program ini bertujuan merancakkan aktiviti berbasikal bersama masyarakat dalam menyelesaikan isu-isu sosial di Daerah Manjung disamping mengeratkan hubungan kemasyarakatan diantara pihak Majlis Perbandaran Manjung bersama Ahli Majlis,Majlis Perbandaran Manjung, komuniti perbandaran Manjung, Jawatankuasa Penduduk (JPP), Majlis Masyarakat Sivil (MMS), Perpaduan, Kejiranan Rukun Tetangga (KRT), pihak NGO serta pemimpin tempatan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Manjung.




PROGRAM MIMBAR MADANI,SURAU NADWA ISLAMIAH,TAMAN MELATI


19 April 2018-Program Mimbar Madani (Bacaan Yassin) telah diadakan di Surau Nadwa Islamiah,Taman Melati,Lumut. Kira-kira 100 orang penduduk taman telah bersama-sama mengimarahkan lagi program tersebut. Program ni anjuran bersama KRT Taman Melati dan Majlis Perbandaran Manjung. Semoga melalui program sebegini dapat meningkatkan hubungan kerjasama serta kemesraan dalam kalangan komuniti setempat dengan Warga Majlis Perbandaran Manjung serta dapat menambah ilmu pengetahuan dari sudut ukhrawi.