About

Thursday 15 March 2018

BESKAL inisiatif dekati komuniti



SITIAWAN 14 MAC 2018

BESKAL inisiatif dekati komuniti

1. Majlis Perbandaran Manjung mengambil inisiatif menganjurkan program Berbasikal Bersama Komuniti Menyelami Isu Sosial (BESKAL) dimana ianya berkonsepkan riadah gaya hidup sihat sambil melihat isu sosial bersama komuniti.

2. Program ini diwujudkan sejajar dengan idea YAB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abdul Kadir Menteri Besar Perak yang telah melakukan kayuhan malam meninjau kawasan ipoh pada awal januari yang lalu.

3. Mohamad Helmi bin Arifin, Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung menyatakan fokus utama program sebegini diadakan ialah merancakkan aktiviti berbasikal bersama masyarakat melalui amalan gaya hidup sihat disamping menyelami serta menyelesaikan isu-isu sosial dan teknikal di kawasan perbandaran Manjung disamping selari.usaha 3p YAB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abdul Kadir Menteri Besar Perak iaitu padang, perasaan dan penyelesaian.

4. Beliau turut memaklumkan bahawa melalui program ini, ianya dapat memberi peluang kepada komuniti utk bersama pegawai2 mpm dan memberikan idea disamping berkongsi masalah serta cadangan penambahbaikkan kepada mpm utk memperkasa kemudahan serta perkhidmatan kepada warga perbandaran dalam semua aspek seperti kemudahan awam, infrastruktur dalam taman serta pencahayaan.

5. Program ini juga selaras dengan usaha pihak majlis dalam menjayakan pelan bandar selamat di kawasan perbandaran. Melalui aktiviti ini, langkah pencegahan jenayah kecurian dan sosial dapat di buat serta mengurangkan risiko berlaku kejadian.

6. Beliau juga berharap melalui penganjuran program ini dapat mewujudkan sebuah masyarakat Perbandaran Manjung yang peka terhadap persekitaran setempat dengan mengambil inisiatif melaporkan kerosakan serta vandalisma disamping memupuk nilai-nilai murni, berdisplin, bersatu padu menjurus kepada masyarakat penyayang demi kesejahteraan dan kemakmuran di perbandaran Manjung.

7. Bagi sesi malam ini sejumlah 12 isu diperolehi dan 7 daripadanya telah diselesaikan manakala 5 isu lagi, pihak MPM akan meneliti dan menimbang permohonan yang telah dikemukan oleh wakil komuniti di kawasan perumahan setiawan barat kerana ia melibatkan keperluan peruntukan.

8. Selain itu, Mohamad Sharil Bin Salihan, Pegawai Komuniti MPM juga menyatakan bahawa program ini diadakan pada setiap bulan minggu kedua pada hari rabu bermula jam 9 malam di kawasan JKP/JPP/ KRT yang terlibat.

9. Mohamad Sharil Bin Salihan memaklumkan bahawa melalui program ini dapat mengeratkan hubungan kemasyarakatan diantara pihak Majlis Perbandaran Manjung melalui Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial bersama Ahli Majlis Majlis Perbandaran Manjung, komuniti perbandaran Manjung, Jawatankuasa Penduduk (JPP), Majlis Masyarakat Sivil (MMS), Perpaduan, Kejiranan Rukun Tetangga (KRT), pihak NGO serta pemimpin tempatan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Manjung.

10. Dalam pada itu, wakil komuniti setempat, Tuan haji salleh bin hashim menyifatkan usaha ini sebagai salah satu mekasnime yang baik dan wajar dicontohi oleh agensi yang berkaitan dengan perkhidmatan kepada rakyat.

11. Selain itu, beliau menyatakan bahwa usaha ini merupakan satu usaha turun padang yang dinamik kerana menyasarkan 3 matlamat dalam satu aktiviti iaitu ke arah gaya hidup sihat, turun padang bersama masyarakat dan juga sebagai langkah pencegahan gejala sosial dalam taman perumahan dikalangan remaja.

12. Edisi kali ini melibatkan kerjsama NBOS jabatan perpaduan melalui pasukan ajk kawasan rukun tetangga dan srs (skim ronda sukarela) setiawan barat & pihak pdrm dimana tuan dsp chong boon kim turut berkayuh bersama 6 anggotanya. Beliau juga berharap agar masyarakat peka terhadap pencegahan jenayah kerana usha pencegahan ini bukan sahaja dibahu pihak berkuasa malah ia memerlukan kerjasama masyarakat setempat melalui pelaksnaan aktiviti kawalan sukarela.

Bahagian Kemasyarakatan,
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial,
Majlis Perbandaran Manjung.






0 Comments:

Post a Comment