About

Wednesday 21 June 2017

MAJLIS IFTAR RAMADHAN SAMUDERA BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN MAJLIS


Majlis Iftar Ramadhan Samudera anjuran Kawasan Rukun Tetangga Taman Samudera bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Manjung, Majlis Perbandaran Manjung dan juga Jabatan Perpaduan di Gelanggang Serbaneka Sukan Taman Samudera (Arena Samudera).
Istimewanya, program Bilal Muda turut diadakan. Program ini mampu menyuntik semangat anak muda untuk menjadi muazin dan berkhidmat di surau surau dan masjid masjid.
Selain itu, persembahan nasyid turut di dendangkan oleh para guru Pusat Pengajian Balqis Manjung.
Encik Mohamad Helmi bin Arifin, Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung turut menyampaikan sumbangan Projek ERAT kepada 5 orang warga Samudera yang memerlukan. Turut bersama Pegawai Perpaduan Daerah Manjung dan juga wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Manjung.
Program ini juga turut dijayakan bersama melalui Jawatankuasa Penduduk Zon 6 Ahli Majlis Khairul Azuan yang bersama memeriahkan program yang dianjurkan.
Bahagian Kemasyarakatan, Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung




0 Comments:

Post a Comment