About

Wednesday 14 June 2017

BERBUKA PUASA @ KOMUNITI FASA 2 GABUNGAN SURAU AR-RAHMAN


14  Jun 2017, Jawatankuasa Perumahan Fasa 2 Gabungan mengambil pendekata mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Surau Ar-Rahman tersebut. Pihak Majlis Perbandaran Manjung melalui pendekatan Jawatankuasa Penduduk (JKP) diwakili Ahli Majlis En Mohd Shahril Bin Yahaya turut bersama menyertai majlis berbuka bersama komuniti setempat. Usaha ini telah berjaya merapatkan hubungan sesama penduduk dengan lebih erat disamping dapat bersuai kenal dan berinteraksi dengan Ahli Majlis dan pegawai MPM yang hadir. Selain itu, penduduk juga berpeluang bertanya khabar antara satu sama lain, malah ini adalah salah satu cara untuk penduduk bersedekah kepada golongan yang tidak berkemampuan dengan membawa  juadah dan bahan makanan dari rumah untuk dimasak bersama.Sambutan yang diberikan amat menggalakkan dengan kehadiran seramai 150 orang penduduk setempat.










0 Comments:

Post a Comment