About

Monday 29 May 2017

PROGRAM KEMASYARAKATAN BULAN JUN 2017 IHYA' RAMADHAN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG


Thursday 25 May 2017

"KENALI PENYU, SAYANGI PENYU"


Program "Kenali Penyu, sayangi Penyu" anjuran Jabatan Perikanan Negeri Perak bersama Malakoff Corporation Berhad telah diadakan pada 25 Mei 2017 (Khamis) di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Pasir Panjang, Segari. Program ini telah disertai lebih kurang 100 orang peserta.

Antara program yang diadakan pada hari tersebut ialah program gotong-royong pembersihan kawasan penyu, taklimat kesedaran penyu oleh Pegawai Penyelidik Pusat Penyu & Ekosistem Marin (TUMEC)  dan pelepasan anak penyu. Ianya secara tidak langsung dapat memberi pendedahan kepada orang awam terhadap pemeliharaan penyu.






Monday 22 May 2017

PROGRAM GOTONG ROYONG KASTAM


Program gotong royong Kastam telah diadakan pada 19 Mei 2017 Jumaat bertempat di Jabatan Kastam. Program ini anjuran Jabatan Kastam dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung. Aktiviti membersihkan dan menceriakan kawasan persekitaran ini adalah salah satu usaha menyahut seruan "PERAK YANG BERSIH". Program sebergini bukan sahaja dapat menjadikan kawasan tersebut cantik dan bersih tetapi dapat mengeratkan hubungan silaturrahim.





PROGRAM SENAM SIHAT DAN KEMPEN MANJUNGKU BERSIH



Program Senam Sihat dan Kempen Manjungku Bersih telah diadakan pada 20 Mei 2017 (Sabtu) jam 8.00 pagi bertempat di dataran Masjid Jamee Ikhwan Desa Manjung Raya (Venice). Program anjuran Kawasan Rukun Tetangga dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung ini telah dihadiri kira-kira 
lapan puluh penduduk taman tersebut yang melibatkan semua lapisan masyarakat seperti kanak-kanak, remaja dan dewasa. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Rashidi bin Ibrahim Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang. Terdapat acara menanam pokok tin dan pokok kurma, gotong royong serta senam sihat. Program sebegini patut diteruskan lagi pada masa akan datang dan boleh dijadikan sebagai contoh kepada taman-taman yang lain.  






ANJUNG RAYA

Monday 15 May 2017

PANGKOR INTERNATIONAL CORAL BAY RUN 2017

Program Pangkor International Coral Bay Run 2017 anjuran Pangkor Coral Bay Resort dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung telah diadakan pada 14 Mei 2017 (Ahad), jam 7.00 pagi di Pulau Pangkor. Program yang merupakan acara tahunan setiap tahun ini bertujuan bagi mempromosikan Pulau Pangkor sebagai destinasi acara sukan pelancongan.

  




Program Khidmat Masyarakat oleh Management and Science University

School of Education and Social Scienes (SESS), Management and Sciene University dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung telah mengadakan Program khidmat Masyarakat pada 13 Mei 2017 (Sabtu), jam 9.00 pagi di kawasan Teluk Batik. Program yang berbentuk aktiviti pembersihan kawasan pantai dan penanaman pokok di sekitar kawasan pelancongan tersebut telah disertai oleh 80 orang pelajar dan pensyarah termasuk anggota Majlis Perbandaran Manjung.




Usaha ini juga mendapat reaksi yang positif dikalangan pelajar sendiri dimana mereka berpeluang untuk melakukan khidmat sosial kepada alam sekitar dan masyarakat.










                                                                  

PROGRAM YAB DATO' SERI DIRAJA DR' ZAMBRY BIN ABD KADIR, MENTERI BESAR PERAK BERSAMA KOMUNITI


Program Yab Dato' Seri Diraja Dr' Zambry Bin Abd Kadir, Menteri Besar Perak Bersama Komuniti telah diadakan pada 14 Mei 2017 (Ahad) bertempat di Tanah di belakang Kolej Vokasional manjung (Taman Fasa 3C dan Manjung Baru). Program ini menjurus kepada sumbangan pembinaan Sekolah Agama (SAR) Nurussalam. Sumbangan itu melibatkan sejumlah RM 300 ribu telah diberikan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK) dan RM 500 ribu lagi daripada kerajaan negeri. Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata penambahan jumlah murid sekitar 100 orang memerlukan kepada pembinaan sekolah berkenaan secepat mungkin. Dalam masa yang sama, terdapat juga penyerahan cabutan bertuah cukai taksiran kepada para penerima hadiah utama. 






Monday 8 May 2017

KARNIVAL AMAL SURAU AR-RAHMAN FASA 2 GABUNGAN


Karnival Amal Surau Ar-Rahman Fasa 2 Gabungan telah diadakan pada 6 Mei 2017 sabtu jam 8.30 Pagi hingga 10.00 malam. Terdapat pelbagai acara yang telah diadakan pada hari tersebut antaranya ialah mewarna dan melukis, pakaian beragam, sepak raga dan pelbagai jenis gerai jualan diadakan. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Rashidi bin Ibrahim Ahli Dewan Undangan Kawasan Pasir Panjang. Program sebegini perlu diteruskan lagi dan dijadikan contoh kepada taman-taman lain. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan antara penduduk taman tersebut serta memberi peluang kepada usahawan muda untuk memperluaskan perniagaan mereka. Pihak Majlis Perbandaran Manjung turut membuka kaunter bayaran lesen oleh itu, Pengunjung yang hadir juga boleh membuatsemakan lesen dan membayar di kaunter yang telah disediakan pada hari tersebut.








PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA TAMAN FASA 2C


Program Gotong Royong Perdana Taman Fasa 2C telah diadakan pada sabtu 6 Mei 2017 jam 8.00 Pagi bertempat di Padang Fasa 2C. Program ini anjuran Kawasan Rukun Tetangga Taman Fasa 2C bersama Majlis Perbandaran Manjung. Program gotong royong membersihkan kawasan persekitaran taman seperti ini perlu diadakan kerana dapat mencantikkan kawasan persekitaran serta menjadikan kawsan tempat tinggal menjadi kondusif. Selain itu dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk taman tersebut.







Wednesday 3 May 2017

GOTONG ROYONG MEGA BERSEPADU PERANGI AEDES


Program Gotong royong Mega Bersepadu Perangi Aedes telah diadakan pada 29 April 2017 sabtu jam 9.00 pagi hingga 12 tengahari bertempat di Kawasan Pelantar Pantai Remis. Program ini anjuran bersama pihak Majlis Perbandaran Manjung, Pejabat Kesihatan Daerah Manjung, Syarikat Sup. Enterprise.Program pembersihan kawasan persekitaran ini bertujuan untuk menceriakan dan memperindahkan kawasan taman serta mewujudkan persekitaran yang kondusif.









GOTONG ROYONG TAMAN KRISHNAN



Program Gotong royong Bersih dan Indah di Taman Krishnan, Sitiawan pada 28 April 2017 Jumaat jam 8.00 pagi hingga 10.00 Pagi. Program ini anjuran bersama Majlis Perbandaran Manjung dan Kawasan Rukun tetangga Taman Krishnan dan Pak su Maju Enterprise. Program pembersihan kawasan persekitaran ini bertujuan untuk menceriakan dan memperindahkan kawasan taman serta mewujudkan persekitaran yang kondusif.