About

Saturday 4 June 2016

KAYUHAN HIJAU HI PANGKOR 2016



Syarikat Ping Yang Ju Travel & Tours Sdn Bhd bersama Majlis Perbandaran Manjung telah menganjurkan program Kayuhan Hijau HI Pangkor 2016 pada 4 Jun 2016 pukul 10 pagi. Program tersebut merupakan program berbasikal beramai-ramai mengelilingi Pulau Pangkor dan bukan berformatkan pertandingan.

Program tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan terutamanya penyertaan peserta-peserta daripada BM Night Rider. Terdapat juga penyertaan daripada pelancong luar negara iaitu daripada negara Nepal. Para peserta mengambil peluang menyertai program ini untuk kekal sihat kerana berbasikal selain dapat meluaskan pemandangan dengan mengelilingi Pulau Pangkor.

Program Kayuhan Hijau HI Pangkor 2016 ini dirasmikan oleh En. Beh Chiew Ning selaku Ahli Majlis Perbandaran Manjung bagi Zon 3, Pulau Pangkor. Para peserta dilepaskan bermula dari Sea View Resort dan seterusnya berbasikal mengelilingi Pulau Pangkor dalam masa lebih kurang 4 jam.













0 Comments:

Post a Comment