About

Thursday 21 April 2016

PROGRAM "JOM KOMPOS"


Program siri bengkel JOM KOMPOS telah diadakan di Pusat Informasi Pelancongan (TIC), Pulau Pangkor pada 20 April 2016 yang lalu dimana program tersebut adalah usahasama di antara Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dengan Majlis Perbandaran Manjung. 





Program tersebut bertujuan memberi taklimat beserta demonstrasi berkenaan cara membuat baja kompos untuk kelestarian alam sekitar dan diharap dapat mendidik penduduk di Pulau Pangkor amnya untuk mencintai alam sekitar.



Penganjuran program diantara dua agensi ini bersama dengan syarikat konsesi Environment IDAMAN telah berjaya menghimpunkan  penduduk Kg. Masjid dan Kg. Teluk Dalam di dalam program yang berlangsung dari pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.







0 Comments:

Post a Comment