About

Sunday 22 May 2016

PROGRAM GOTONG ROYONG DAN TURUN PADANG YDP MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG DI TAMAN FASA 2J, SERI MANJUNG



Pihak penduduk di Taman Fasa 2J Seri Manjung telah mengadakan program gotong royong bertujuan untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan taman perumahan mereka pada pagi ahad 22 Mei 2016. Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Manjung, Tuan Mohamad Fariz Bin Mohamad Hanip turut sama hadir turun padang untuk bersama-sama dengan penduduk setempat bergotong royong dan juga mendengar permasalahan mereka.

Program tersebut turut disertai dengan sebahagian ketua-ketua jabatan Majlis Perbandaran Manjung untuk membantu penduduk setempat dalam menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan. Antara isu-isu yang dibangkitkan oleh wakil penduduk ialah masalah longkang tersumbat, dahan-dahan pokok yang perlu dipotong, isu kutipan sampah, dan juga mengenai 'railing' penghadang jalan di jalan utama memasuki Taman Fasa 2J.

Segala permasalahan tersebut telah di ambil perhatian dan tindakan selanjutnya adalah di dalam perancangan. Program gotong royong tersebut adalah satu usaha yang murni dalam merapatkan hubungan antara komuniti dan perbandaran Manjung dalam menuju transformasi komuniti yang lebih harmoni dan makmur.








0 Comments:

Post a Comment