About

Friday 28 March 2014

JAWATANKUASA KECIL PRASARANA DAN KEMUDAHAN AWAM LOCAL AGENDA 21 MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

PENGENALAN

Jawatankuasa Kecil Prasarana dan Kemudahan Awam Local Agenda 21 telah mula digerakkan pada tahun 2010. Jawatankuasa ini bertujuan untuk memberi tumpuan kepada aspek prasarana dan kemudahan awam di kawasan perumahan, lokasi awam dan juga kawasn bandar. Jawatankuasa Local Agenda 21 sebagai salah satu mekanisma yang diberi tumpuan oleh Majlis Perbandaran Manjung dimana ianya boleh melibatkan penglibatan program 'corporate soscial responsibility' pihak swasta. Pendekatan ini dilihat dapat meringankan kos pihak berkuasa tempatan disamping menggalakan hubungan baik pihak swasta terhadap komuniti. Melalui jawatankuasa ini, program-program seperti pemberian kerusi rehat di kawasan taman wama, pembinaan wakaf secara bergotong royong, serta program-prorgam berkaitan diharap dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Selain itu, jawatankuasa ini diharap berperanan sebagai mata dan telinga serta menambil tindakan dalam usaha mencegah vandalisma seterusnya memastiakn segala prasaran dan kemudahan awam dalam keadaan baik dan sentiasa berfungsi.

PERANAN DAN FUNGSI

Membincangkan isu dan permasalahan yang timbul berkenaan prasarana dan kemudahan awam seterusnya mengenalpasti petunjuk-petunjuk atau indikator yang menyebabkan isu-isu ini wujud.

Bertindak sebagai sebuah jawatankuasa pengkaji dan pembentuk kaedah penyelesaian kepada isu & masalah.

Bersama membantu dalam memperluaskan aktiviti promosi untuk mendapat sambutan masyarakat dan orang ramai melalui penganjuran bersama kempen mencegah vandalisma, gotong royong membaiki kemudahan awam, serta melaksanakan pemantauan terhadap kemudahan awam dan prasarana sedia ada.

Merancang dan melaksanakan Pelan Tindakan LA21 yang telah dicadangkan dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Induk.

VISI JAWATANKUASA
“Bersama-sama dalam menjadikan komuniti perbandaran Manjung perihatin dan peka terhadap  prasarana dan kemudahan awam ."

MISI JAWATANKUASA

“Memastikan prasarana dan kemudahan awam di kawasan perbandarn manjung sentiasa dalam keadaan kondusif serta selamat dan menggalakkan penglibatan komuniti dalam menjayakan polisi dan hasrat kerajaan.”



0 Comments:

Post a Comment