About

Sunday 13 March 2016

KEMPEN KEBERSIHAN DI PANTAI PASIR PANJANG, SEGARI BERSAMA PARA PELAJAR SEKOLAH TINGGI YIK CHING

Tarikh : 13 Mac 2016 (Ahad)
Masa : 9.30 pagi hingga 11.00 tengahari

Program Kempen Kebersihan anjuran Yik Ching High School dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung telah diadakan di Pasir Panjang, Segari . Seramai 150 orang peserta yang telah menyertai kempen kebersihan di Pantai Pasir Panjang, Segari. Pihak Majlis Perbandaran Manjung turut membantu dari segi aspek penyediaan plastik sampah dan lori sampah bagi menjayakan program tersebut. Objektif yang dapat diperolehi untuk memberi kesedaran dan mengetahui kepentingan perlindungan alam sekitar kepada para pelajar.

Program ini selaras dengan Pelan Tindakan Jawatankuasa Kecil Pelancongan Local Agenda 21 Majlis Perbandaran Manjung berkaitan pemeliharaan kawasan persekitaran produk pelancongan di kawasan Perbandaran Manjung. 

Program ini turut mendapat penglibatan daripada Encik Chua Hock Boon, Ahli Majlis MPM, Ir. Ong Kean Sing, Ahli Majlis MPM, serta Penduduk Kampung Pantai Pasir Panjang, Segari. Sewaktu program ini, taklimat berkaitan kitara semula kepada para pelajar turut diadakan oelah Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar, Majlis Perbandaran Manjung.





Thursday 10 March 2016

JIWA MURNI MARKAS KEJURUTERAAN MARKAS TLDM DI TAMAN PAYA BAKAU, LUMUT

Program Jiwa Murni Markas Kejuruteraan Markas Tentera Laut Diraja Malaysia bersama Jawatankuasa Kecil Bersih Indah Local Agenda 21 dan Jawatankuasa Kecil Pelancongan Local Agenda 21 sserta Majlis Masyarakat Sivil Majlis Perbandaran Manjung telah diadakan di Taman Paya Bakau, Lumut pada 10 Mac 2016 (Khamis) bermula jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari.
           
Program Jiwa Murni berkonsepkan aktiviti gotong royong ini hasil cetusan dan inisiatif pihak Markas Kejuruteraan TLDM dan ianya selara dengan Pelan Tindakan JK Pelancongan dan Bersih Indah Local Agenda 21 MPM serta Pelan Tindakan Majlis Masyarakat Sivil MPM berkaitan pemeliharaan produk pelancongan serta melibatkan komuniti serta organisasi dalam menyumbang tenaga untuk membersihakn persekitaran kawasan pelancongan Paya Bakau. Dengan penglibatan sejumlah 70 anggota Markas Kejuruteraan TLDM dan turut disertai 12 anggota MPM serta  20 Ahli Jawatankuasa Local Agenda serta ahli MMS dan penduduk setempat.

Objektif yang dapat diperolehi daripada program ini ialah  bukan sahaja dapat membersihkan kawasan Taman Rekreasi Paya Bakau, secara tidak langsung memupuk semangat kerjasama sesama sendiri dan memelihara produk pelancongan daerah Manjung.