About

Friday 23 October 2015

HARI KOMUNITI PLUS 2015

    PELAPORAN PROGRAM

PROGRAM                   :  HARI KOMUNITI PLUS 2015 

MAKLUMAT AKTIVITI : 

Tarikh
Aktiviti Dilakukan
Penglibatan Agensi

30 Oktober 2015 (Jumaat)

9.00 pagi hingga 12.00 tengahari









1.     Program Hari Komuniti Plus 2015 diadakan di dataran Hadhari, Teluk Batik, Lumut.

2.     Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Encik Ismail Ibrahim, Setiausaha MPM yang turut bersama-sama dalam aktiviti gotong-royong membersihkan persekitaran pantai Teluk Batik yang diadakan.

3.     Program yang diketuai oleh Ir. Zubir Basir, Pengurus PLUS Seksyen N5 (Lebuhraya Ipoh – Changkat Jering) ini disertai oleh semua peringkat kakitangan PLUS Seksyen N5 seramai 50 orang bersama kakitangan MPM, ahli-ahli Rakan Taman dan JPP. 

4.     Semasa program ini, PLUS telah menyumbangkan 30 buah kerusi rehat batu dan 15 buah tong sampah beroda kepada MPM untuk kegunaan awam di persekitaran kawasan pantai di daerah Manjung.



a.     Syarikat Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)
b.    Rakan Taman Dan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Daerah Manjung
c.     Majlis Perbandaran Manjung













Thursday 8 October 2015

PELANCARAN KEBUN KEJIRANAN KOMUNITI FASA 1D


PELAPORAN PROGRAM

PROGRAM                   :  PELANCARAN KEBUN KEJIRANAN KOMUNITI FASA 1D

MAKLUMAT AKTIVITI :
Tarikh
Aktiviti Dilakukan
Penglibatan Agensi

08 Oktober 2015 (Khamis)

10.00 pagi hingga 12.00 tengahari









1.     Program Pelancaran Kebun Kejiranan Komuniti ini diadakan di Tapak Kebun Kejiranan Komuniti Fasa 1D bersebelahan di Tapak Surau An-Nur.

2.     Perasmian program  ini telah disempurnakan oleh YDP Majlis Perbandaran Manjung Tuan Azizan bin Abdul Haji Muin dan perjumpaan bersama peserta dan wakil penduduk Kawasan Rukun Tetangga 7.

3.     Pada 5 & 6 Oktober telah melaksanakan pembersihan tapak di tapak Surau An-Nur dan pengagihan 50 anak pokok cili di kawasan tersebut.

4.     Elemen Kejiranan Hijau yang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Manjung:

a.     Persekitaran Hijau (Greenery Environment)
b.    Reka bentuk kejiranan dan pengangkutan
c.     Air tenaga dan sisa pepejal



a.     Penduduk Fasa 1D
b.    Majlis perbandaran Manjung
c.     Jabatan Pertanian
d.    Majlis Masyarakat Sivil Majlis Perbandaran Manjung
e.     Jawatankuasa Perwakilan Penduduk






Sunday 4 October 2015

MANJUNGKU PERBANDARAN MAKMUR

PELAPORAN PROGRAM RAKAN TAMAN

PROGRAM       :  MANJUNGKU PERBANDARAN MAKMUR      

MAKLUMAT AKTIVITI :

Tarikh
Aktiviti Dilakukan
Bilangan Rakan Taman Terlibat
Penglibatan Agensi

4 Oktober 2015

8.30 pagi - 11.30 pagi









1.     Pelancaran program Rakan Taman Majlis Perbandaran Manjung.
2.     Perasmian Oleh Tuan Azizan bin Hj. Abd. Muin,Yang Dipertua,Majlis Perbandaran Manjung
3.     Gotong royong pembersihan kawasan taman melalui kaedah sapuan, cari dan kutip serta pengasingan bahan kitar semula
4.     Pelaksanaan praktikal/latihan teknik menanam pokok kepada ahli jawatankuasa Rakan Taman.
5.     Pelaksanaan praktikal/latihan teknik pemangkasan kepada ahli jawatankuasa Rakan Taman.
6.     gotong-royong pembersihan kawasan dan aktiviti cegah aedes
7.     Karnival Manjungku Perbandaran Makmur yang meliputi pameran bergerak MPM, Car Boot Sale dan Auto Show.
8.     Lukisan Mural


450 anggota

450 peserta merangkumi :-
a.     200 anggota TLDM
b.    40 Anggota MPM
c.     40 pelajar Universiti Kuala Lumpur
d.    170 pengerusi/setiausaha/
biro Jawatankuasa Perwakilan Penduduk

3.00 Petang


5.00 Petang

1.  Santai bersama Manjung Buskers.
2.  Semarak Cintai Bahasa : Sajak Terbuka.
3.   Sambutan ketibaan Konvoi Wings
4.    Santai bersama wings