About

Sunday 2 March 2014

JAWATANKUASA KECIL BERSIH INDAH LOCAL AGENDA 21 MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

PENGENALAN

Jawatankuasa Kecil Bersih Indah Local Agenda 21 telah mula digerakkan pada tahun 2005 dengan dikenali sebagai Jawatankuasa Kebersihan Alam Sekitar. Pada tahun 2014, jawatankuasa ini disturktur semula dan dikenali sebagai Jawatnkuasa Bersih Indah. Jawatankuasa Bersih dan Indah ini bertujuan untuk meningkatkan mutu dan kualiti hidup kita melalui kebersihan dan pengindahan alam sekitar. Local Agenda 21 sebagai salah satu mekanisma yang diberi tumpuan oleh Majlis Perbandaran manjung selaku  Pihak Berkuasa Tempatan. Memberi fokus kepada kempen-kempen kebersihan seterusnya menjadikan warga perbandaran Manjung yang peka terhadap kebersihan persekitaran. Melalui jawatankuasa ini, program-program seperti kitar semula, pengasingan sampah dan juga kompos diharap dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan..

PERANAN DAN FUNGSI

Membincangkan isu dan permasalahan yang timbul berkenaan kebersihan persekitaran seterusnya mengenalpasti petunjuk-petunjuk atau indikator yang menyebabkan isu-isu ini wujud.

Bertindak sebagai sebuah jawatankuasa pengkaji dan pembentuk kaedah penyelesaian kepada isu & masalah.

Bersama membantu dalam memperluaskan aktiviti promosi untuk mendapat sambutan masyarakat dan orang ramai melalui penganjuran bersama program-program kebersihan, gotong royong, kitar semula, pengasingan sampah dan pengkomposan.

Membuat perancangan dan perlaksanaan program berkonsep rogram-program kebersihan, gotong royong, kitar semula, pengasingan sampah dan pengkomposan seperti karnival sihat, karnival gotong royong mega, program ilmiah dan sebagainya.

Merancang dan melaksanakan Pelan Tindakan LA21 yang telah dicadangkan dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Induk.

VISI JAWATANKUASA
“Bersama-sama dalam menjadikan komuniti perbandaran Manjung perihatin dan peka terhadap  kebersihan persekitaran ."

MISI JAWATANKUASA


“Menjadi penggerak kepada usaha menyemai minda persekitaran bersih dan indah dikalangan masyarakat, serta menggalakan penglibatan komuniti dalam menjayakan polisi dan hasrat kerajaan.”



0 Comments:

Post a Comment